fbpx
Gambar hiasan

Doktor pulas telinga pesakit, tegur kerap mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang doktor yang didakwa memulas telinga pesakit wanita mengandung ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik mencetuskan kemarahan orang ramai selepas perkongsian mangsa tular di media sosial.

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, @Meyyynaa, wanita berkenaan mendakwa layanan yang diterimanya amat mengecewakan ketika sedang mengalami alahan teruk dan muntah akibat kehamilan.

“Adakah kalau seorang doktor tu boleh sesuka hati naik tangan pulas telinga pesakit? Saya amat terkilan, tapi fikir saya tengah alahan teruk, muntah dan lapar, jadi aku macam reda kena pulas telinga,” tulisnya.

Menurutnya, doktor terbabit bukan sahaja bertindak kasar, malah didakwa mengeluarkan kata-kata sindiran berkaitan jarak kehamilannya yang dianggap terlalu dekat.

Wanita itu memaklumkan anak sulungnya kini berusia setahun 10 bulan dan beliau sedang hamil anak kedua yang dijangka bersalin pada bulan Julai ini, ketika usia anak sulungnya melebihi dua tahun.

“Dia pulas telinga sebab katanya mengandung jarak dekat. Padahal doktor lain sebelum ini cakap okey sebab anak sulung lepas dua tahun,” katanya.

Lebih mengecewakan, mangsa mendakwa doktor tersebut turut menyindir soal kemampuan kewangan serta pilihan pendidikan anak-anaknya pada masa hadapan.

“Siap sindir konon takkan nak hantar anak ke tadika Kemas atau Perpaduan, mesti nak tadika mahal. Tanya awak mampu ke bayar. Macam itulah kena,” dakwanya lagi.

Tambahnya, layanan doktor itu bukan sahaja kasar terhadap dirinya, malah kurang berhemah ketika berkomunikasi dengan jururawat lain di klinik berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui tidak membuat laporan rasmi terutama melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) terhadap tindakan doktor berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan doktor berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak profesional serta melanggar etika perubatan.

“Serius? Boleh SisPAA tu,” cadang Salmi.

“Peringatan untuk semua doktor. Jangan sesekali layan pesakit amda macam keluarga atau seseorang yang anda rapat. Layan mereka secara profesional tanpa lebih atau kurang. Rasanya ia lebih baik. Dia nak dengar cakap ke tak dengar cakap terpulang. Asalkan dah cakap perkara penting,” kata @Ajimajimajim.

“First time (kali pertama) dengar (kes) macam ini,” kata Aziefariza.

“Sejak bila pula doktor boleh pulas telinga pesakit?,” soal Tasya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI