fbpx
Leo berkongsikan gambar menunjukkan tangan keempat-empat ahli keluarga mereka. - Instagram

Isteri aktor lahirkan anak pada usia 57 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Penyanyi dan aktor Hong Kong, Leo Ku serta isterinya, Lorraine Chan menyambut kelahiran anak kedua mereka pada usia 57 tahun, lapor laman berita VNExpress semalam.

Malam Khamis lalu, pelakon berusia 53 tahun itu berkongsi gambar menunjukkan tangan keempat-empat ahli keluarga mereka di media sosial.

Dia menyifatkan kelahiran anak lelaki itu sebagai detik paling bermakna buat dirinya dan isteri serta seorang lagi anak mereka, Kuson.

“Saya tidak ingat dengan tepat bila ia bermula tetapi Kuson sering memberitahu kami betapa dia mahukan seorang adik lelaki atau perempuan,” kata Leo.

Saluran berita ATV News melaporkan, Lorraine sebelum ini membekukan sel telurnya di Hong Kong. Dia melahirkan Kuson di Amerika Syarikat melalui persenyawaan in-vitro (IVF) pada usia 50 tahun.

Pasangan itu mendapatkan rawatan di pelbagai fasiliti sebelum menggunakan kaedah IVF untuk mendapatkan anak pertama mereka.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI