fbpx
Gambar hiasan

Dua Inspektor, 5 anggota polis ditahan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Dua pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota ditahan di sebuah premis perniagaan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pegawai dan anggota berusia 29 dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Mentakab pada pukul 2.15 pagi.

Katanya, turut ditahan ialah dua wanita warga Thailand dan juga seorang lelaki warga tempatan. Hasil serbuan itu, polis merampas satu peket dadah dipercayai ketamin seberat 0.98 gram (g) dan cecair mengandungi dadah.

“Dua Inspektor dan lima anggota polis itu ditahan reman selama dua hari bermula semalam, manakala lelaki tempatan dan wanita Thailand pula direman selama empat hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati seorang pegawai dan lima anggota polis serta seorang lelaki dan dua wanita Thailand dipercayai positif dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI