BEIJING, 4 Januari 2026 /PRNewswire/ — Pembangunan dipacu inovasi membentuk semula China yang dinamik dan bertenaga. Menurut Pertubuhan Harta Intelek Dunia, negara ini buat julung kalinya memasuki senarai 10 teratas dalam pemeringkatan inovasi global bagi tahun 2025, iaitu tahun yang turut menyaksikan penyempurnaan Rancangan Lima-Tahun ke-14 China (2021-2025) untuk pembangunan ekonomi dan sosial.
Pemodenan yang dicapai menurut rancangan ini memperkenalkan langkah-langkah yang seterusnya untuk memberi tumpuan khusus tatkala tahun baharu membawa rangka tindakan pembangunan yang baharu. Pada Oktober lalu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menerima pakai cadangan untuk merumuskan Rancangan Lima-Tahun ke-15 di plenum Parti utama bagi tujuan merangka hala tuju pembangunan negara ini mulai tahun 2026 hingga 2030.
Tatkala negara ini dan dunia berada di persimpangan jalan, China, di bawah bimbingan falsafah tadbir urus Presiden Xi Jinping, bukan sahaja merangka hala tuju yang jelas untuk pembangunannya sendiri, malah turut menawarkan pandangan berharga untuk dunia dalam usaha mencapai kestabilan dan hala tuju.
Bersiap sedia untuk Rancangan Lima-Tahun ke-15
Xi melihat tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-15 sebagai peringkat yang kritikal bagi memperteguh asas sosial dan ekonomi negara ini dan untuk terus maju dalam segenap aspek ke arah mencapai matlamat pemodenan tahun 2035 oleh negara ini.
Satu ciri penting dalam proses ini ialah tadbir urus yang inklusif dan konsultatif. Pada Januari tahun lalu, barisan kepimpinan PKC mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan penggubalan bagi rangka tindakan strategik negara ini yang akan dikemukakan pada sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat PKC kali ke-20, dengan Xi sendiri mengetuai pasukan strategi peringkat tinggi. Kumpulan penggubalan ini mengadakan mesyuarat pleno pertamanya pada Februari 2025 yang menyaksikan permulaan rasmi proses penggubalan.
Bermula dengan mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan simposium bersama usahawan swasta hinggalah rundingan pembangunan serantau dan dialog bersama tokoh-tokoh bukan PKC, China menerima pakai pendekatan pintu terbuka terhadap penggubalan dasar – mengalu-alukan input yang luas dan menghimpunkan kebijaksanaan kolektif.
Sementara itu, pendapat umum turut diminta berhubung rancangan baharu ini semasa kempen rundingan dalam talian selama sebulan. Ringkasan daripada penemuan ini disemak oleh Xi dan dibentangkan kepada barisan kepimpinan Parti bagi memastikan suara rakyat didengari pada peringkat tertinggi.
Dalam tempoh beberapa bulan menjelang plenum Oktober, Xi menjalankan lawatan lapangan ke perusahaan dan komuniti semasa lawatan pemeriksaan domestik yang memfokuskan pada keutamaan pembangunan China dalam tempoh lima tahun akan datang dan turut mengadakan beberapa mesyuarat kepimpinan untuk menyemak semula draf berkenaan, lalu mencerminkan falsafah tadbir urus yang menghargai visi strategik dan dalam masa yang sama tetap berlandaskan realiti praktikal.
Semasa sidang pleno kali keempat Jawatankuasa Pusat PKC ke-20, dokumen penting yang diberi tajuk secara rasmi sebagai Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC untuk Merumuskan Rancangan Lima-Tahun ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara telahpun diterima pakai, selepas proses penyusunan yang berlangsung selama lebih lapan bulan.
Cadangan-cadangan ini menjadi jadual waktu dan hala tuju dalam meneruskan dua keajaiban iaitu pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan sosial dalam tempoh jangka panjang.
Mengambil maklum bahawa tahun 2026 menyaksikan bermulanya Rancangan Lima-Tahun ke-15, dalam pesanan sempena Tahun Baharu, Xi menggesa usaha yang lebih besar untuk meningkatkan keyakinan, mengambil langkah-langkah yang mantap bagi menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, memperdalam lagi pembaharuan dan keterbukaan dalam segenap aspek, menjayakan kemakmuran untuk semua dan menulis babak baharu dalam kisah keajaiban China.
Babak baharu dalam kisah keajaiban China
Tahun 2025 merupakan tahun yang mengalami perpecahan akibat ketidakpastian. Berlatarbelakangkan hal ini, China memberi keutamaan kepada dialog dan meneruskan kerjasama antarabangsa yang saling menguntungkan dan bertindak sebagai pendukung penstabilan untuk dunia serta mencerminkan langkah-langkah negara yang mantap dan tetap di persada global.
Tahun ini menyaksikan "detik China" yang penting dalam tadbir urus global yang ditakrifkan oleh Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dicadangkan oleh Xi. Dengan menyokong sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama, GGI mendapat sokongan pantas daripada lebih 140 negara dan pertubuhan antarabangsa yang seterusnya memantapkan kedudukannya sebagai salah satu detik penting dalam usaha diplomatik China pada tahun 2025.
Diplomasi China membuahkan hasilnya apabila para pemimpin dan wakil dari lima benua berhimpun di Beijing bagi tujuan menyambut ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan China kepada kemenangan dalam Perang Dunia Kedua dan komitmen teguh negara ini dalam mendukung aturan antarabangsa pascaperang.
Selain kesemua pencapaian penting ini, China memainkan peranan yang lebih proaktif dalam tadbir urus global dengan mengumumkan Sumbangan Ditentukan Negara 2035 untuk tindakan iklim, mengetepikan sebarang layanan khas dan layanan berbeza yang baharu dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia pada masa ini dan akan datang serta menubuhkan Pertubuhan Pengantaraan Antarabangsa di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.
China bersiap siaga untuk bekerjasama dengan semua negara demi memajukan keamanan dan pembangunan dunia, kata Xi.
Untuk maklumat lanjut, sila klik:
https://news.cgtn.com/news/2026-01-02/Extraordinary-Navigation-How-China-strides-forward-with-confidence-1JBRwC4YLPa/p.html
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855749_MS55749_6














