PETALING JAYA – Tindakan dua orang pemandu yang memandu secara melulu sebelum masuk di hadapan laluan sebuah lori mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di TikTok oleh @kecik_din, kelihatan dua buah kereta sedan secara tiba-tiba menyelit di hadapan lori yang dipandu ketika keadaan trafik di lebuh raya sedang sesak.
Kedua-dua kereta tersebut sempat menyelit ke laluan lain sebelum memandu pergi menggunakan laluan kecemasan.
“Gengster lebuh raya. Dah langgar nanti semua salahkan lori pula. Lori bukannya ringan nak mulakan tekan minyak tu. Bukannya tekan minyak boleh terus berjalan 20km/j,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya berang dengan tindakan pemandu kereta tersebut.
“Loti tengah bawa muatan kau boleh menyelit dan brek begitu? Nasib baik lori sempat juga brek, kalau tidak,” komen Daniels.
“Nasib baik tak jadi apa-apa. Boleh pula tiba-tiba masuk depan lori. Tidak takut ke?,” kata Shazwanina Zubir.
“Dah tahu jalan tengah sesak, nak juga potong sana potong sini. Lepastu menyusahkan orang lain di jalan raya,” komen Rafkmn. – KOSMO! ONLINE
@kecik_dingangster highway..dah langgar nanti kang semua dok salahkan lori pulak..lori bukannye ringan nk starting nk jalan tu..bukan nye tekan minyak terus boleh jalan 20km/j..














