fbpx
GAMBAR fail dua ekor tikus. - Foto AFP

Tertuduh kes dadah bebas, polis mengaku tikus makan 200 kilogram ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sebuah mahkamah di timur India membebaskan tertuduh utama dalam kes pengedaran dadah dan mengkritik polis kerana gagal mengendalikan bahan bukti, lapor akhbar Independent.

Hakim mahkamah berkenaan mengkritik polis selepas pegawainya berkata,  tikus telah makan hampir 200 kilogram ganja yang dirampas, bernilai kira-kira 10 juta rupee (RM449,000).

Kes itu bermula pada 2022 apabila polis negeri Jharkhand menahan sebuah kenderaan di lebuh raya dan menemui sejumlah besar ganja yang disorok.

Namun, semasa perbicaraan, seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dadah itu tidak dapat dikemukakan sebagai bahan bukti kerana dimakan tikus semasa dalam simpanan mereka.

Hakim berkata, penjelasan tersebut menimbulkan keraguan terhadap kesahihan rampasan yang dilakukan dan cara kes dikendalikan oleh polis.

Mahkamah memutuskan bahawa tuduhan gagal dibuktikan dan mengarahkan tertuduh dibebaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI