fbpx
KESAN balingan batu terhadap kenderaan yang melalui WCE baru-baru ini.

[VIDEO] Suspek baling batu di WCE dicari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Balingan batu dari atas jambatan hampir mencetuskan tragedi kepada sebuah kenderaan pengguna Lebuh Raya Persiaran Pantai Barat (WCE), baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi, Khamis lalu di Kilometer 8.3 arah selatan berhampiran Jambatan Seri Cheeding.

Ia telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan terlibat namun tiada kecederaan dilaporkan. Insiden tersebut turut tular menerusi video berdurasi 56 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.22 petang kelmarin daripada seorang petugas yang menjalankan rutin rondaan di WCE.

Katanya, pengadu berusia 32 tahun itu memaklumkan menerima maklumat berkenaan daripada kumpulan Selangor WCE Patrol.

“Laporan dibuat bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan lanjut termasuk meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah ini di talian 03-31872222,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI