fbpx
Tangkap layar cubaan beberapa individu mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih hari ini.

Suspek curi kabel di Semenyih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis sedang giat mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes cubaan curi kabel di Sungai Lalang, Semenyih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kes terbabit sekitar pukul 2.08 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.30 pagi dan usaha mengesan suspek yang menggunakan pacuan empat roda dan motosikal sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-6111660 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular klip video di media sosial menunjukkan dua lelaki bermotosikal mengikat kabel pada sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN