fbpx
MANGSA dipindahkan ke PPS akibat limpahan air sungai di Raub

68 mangsa dipindahkan, PPS dibuka di Raub akibat limpahan sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok di sini awal pagi tadi bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir susulan limpahan Sungai Ulu Atok.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Raub, Samasuddin Kambade berkata, berkata setakat pukul 10.22 pagi, seramai 68 mangsa daripada 15 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan yang mula beroperasi seawal pukul 6 pagi.

“Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke PPS berhampiran bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Kejadian banjir berpunca daripada limpahan Sungai Ulu Atok susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan berkenaan sejak semalam,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI