fbpx
KEMALANGAN maut sebuah motosikal dengan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max di Jalan Labu Lama berhampiran kedai serbaneka Family Store Taman Jasper Jaya 2 di sini malam tadi. FOTO : IHSAN POLIS.

Maut gara-gara trak pikap masuk simpang mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max di Jalan Labu Lama berhampiran kedai serbaneka di Taman Jasper Jaya 2 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam kejadian lebih kurang pukul 10.40 malam itu, mangsa berusia 33 tahun cedera parah di bahagian muka dan kepala disahkan maut di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan trak pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandu lelaki berumur 55 tahun telah memasuki simpang di sebelah kanan dari arah Jalan Labu Lama ke arah Taman Jasper Jaya 2 secara mengejut.

“Pada waktu sama, sebuah motosikal jenis Yamaha R25 ditunggang oleh mangsa yang bergerak terus dari arah Bukit Galena ke arah Jalan Labu Lama tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri pintu belakang kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN