fbpx
ALEX menamatkan saingan MotoGP 2025 dengan pencapaian tempat kedua, di belakang Marc yang muncul juara dunia. - AFP

MotoGP: Alex belum puas naib juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLOGNA – Pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez mengakui pencapaian naib juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 lebih memberi makna kepada persepsi umum berbanding kepuasan peribadi dirinya.

Pelumba berusia 29 tahun itu menutup kempen 2025 dengan prestasi konsisten dan meyakinkan selepas meraih tiga kemenangan Grand Prix (GP) menggunakan jentera Ducati GP24, menamatkan saingan di tempat kedua di belakang abangnya, Marc Marquez.

Sepanjang musim, Alex muncul pencabar paling hampir kepada Marc sebelum mengukir pencapaian terbaik dalam MotoGP sejak menyandang kejuaraan Moto2 pada 2019.

Namun, bagi Alex sendiri, kedudukan naib juara MotoGP tidak mengatasi nilai dua gelaran dunia yang pernah dimenanginya sebelum ini iaitu Moto3 pada 2014 dan Moto2 pada 2019.

“Ia lebih penting untuk orang lain. Untuk saya, tidak. Bagi saya, ia berada pada tahap yang sama dengan kejuaraan Moto3 dan Moto2 yang pernah saya menangi,” kata Alex.

Alex turut menegaskan, pengiktirafan sebenar bukan hanya terletak pada keputusan akhir, tetapi pada perjalanan sukar yang pernah dilaluinya, khususnya ketika bergelut bersama Honda sebelum ini.

“Tahun-tahun sukar bersama Honda sangat penting untuk saya. Begitu juga ketika awal bersama Gresini, ada musim yang baik dan ada yang tidak. Semua itu membentuk saya hari ini,” jelasnya.

Prestasi cemerlang Alex bersama motosikal lama memaksa Ducati memberikan kepercayaan penuh kepadanya, apabila dia dinaikkan ke jentera spesifikasi kilang bagi musim 2026, satu pengiktirafan besar terhadap konsistensi dan kedudukannya sebagai pelumba elit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI