fbpx
SESKO

EPL: Ferdinand pertahan kehadiran Sesko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Legenda Manchester United, Rio Ferdinand masih mempertahankan penyerang bekas kelabnya, Benjamin Sesko yang masih belum menemui sentuhan terbaik untuk membantu pasukan sehingga kini.

Sesko hanya meledak dua gol dan melakukan satu umpanan dalam 14 aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, sekali gus dilihat gagal menyelesaikan isu ketumpulan jentera serangan skuad kendalian Ruben Amorim itu.

“Sesko bukanlah tiba di United sekadar untuk menjaringkan gol. Ya, seorang penyerang akan dinilai dengan jumlah jaringan, tetapi adakalanya mereka membawa sesuatu yang berbeza untuk pasukan.

“Anda boleh lihat (Louis) Saha, dia tidak pernah memenangi kasut emas bersama United, namun dari segi nilai pasukan kehadirannya menyebabkan beberapa posisi lain mampu bermain dengan lebih baik.

“Saha mampu menambah keyakinan para pemain lain, dua mampu memegang bola untuk tiga atau empat saat dan membolehkan kami ‘bernafas’. Untuk Sesko, lupakan mengenai jaringan. Dia adalah pemain yang memainkan peranan di seluruh padang, bukan untuk menjaringkan gol sahaja.

“Kadang-kadang apabila melihatnya, saya rasa sangat gembira apabila dia bersama United. Sudah tentu kami mengharapkan gol daripadanya, tetapi ada momen dia membantu pasukan mendapatkan jaringan menerusi pemain lain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN