fbpx
Mohamad Sharafi, isteri Syahira Sarbini dan Anaqi Mikhael selepas Penyerahan Bantuan Bagi Rawatan Pemindahan Hati di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

Sumbangan mencukupi, Anaqi akan terbang ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bapa Anaqi Mikhael Mohamad Sharafi, 8, berharap pembedahan hati yang bakal dijalani di China membolehkan kanak-kanak itu menjalani kehidupan normal seperti rakan sebaya yang lain.

Mohamad Sharafi Mokhtar, 32, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati sejak kecil lagi.

Penyakit itu dikesan selepas Anaqi menghidap masalah kuning selama lebih dua minggu selepas dilahirkan.
“Selepas pemeriksaan dibuat, hospital mengesahkan Anaqi menghidap masalah kegagalan fungsi hati pada 2018 dan dia pernah menjalani ‘Kasai Procedure’ bertujuan melambatkan kerosakan hati.

“Pada April lalu, doktor maklumkan anak saya perlu melakukan pembedahan segera selepas keadaan hatinya semakin merosot dan oksigen tidak stabil,” katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan bantuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Menurut lelaki itu, sebelum ini dia mengakui bimbang kerana pembedahan tersebut memerlukan penderma organ yang bersesuaian selain kos yang agak tinggi kira-kira RM185,000 kerana perlu dilakukan di luar negara.

“Alhamdulillah, kakak saya (Siti Saleha) mempunyai kumpulan darah yang sama dengan Anaqi. Dia turut bersetuju menjadi penderma.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih atas bantuan dan sumbangan daripada orang ramai serta MAINJ. Saya bersyukur kerana jumlah yang diperlukan untuk pembedahan hati tersebut telah mencukupi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN