PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca hujan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Labuan dan Sabah melibatkan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman pada ambang Tahun Baharu 2026 malam ini.
Pada hari pertama tahun 2026 esok, MetMalaysia meramalkan cuaca ribut petir berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak, Labuan serta Sabah melibatkan kawasan Pedalaman dan Tawau pada waktu pagi.
“Pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka melanda Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Labuan dan Sabah,” katanya.
Menjelang malam pula, cuaca hujan diramal berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Labuan. Turut terlibat Sarawak di Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala Sabah melibatkan Kudat, Pedalaman dan Pantai Barat. – KOSMO! ONLINE














