fbpx
Pihak MDR memasang pelekat pada salah satu struktur papan iklan tanpa kebenaran di Kilometer 222 hingga 244, Lebuh Raya Utara-Selatan, hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Untung banyak tapi culas bayar lesen ‘billboard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Lebih 20 syarikat berkaitan pemasangan papan iklan (billboard) di Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, didapati culas membayar lesen walaupun mendapat keuntungan maksimum sehingga mencecah ratusan ribu dalam khidmat berkenaan.

Setiausaha Majlis Daerah Rembau (MDR), Norazlyzan Ramli berkata, perkara itu sangat dikesali kerana kutipan bayaran lesen berkenaan akan dapat menambah hasil pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyumbang kepada kepada masyarakat setempat.

“Lesen untuk satu billboard dalam setahun adalah sekitar RM1,250 sahaja. Bagaimanapun, 22 syarikat didapati gagal menjelaskan bayaran lesen ini dan kita ambil tindakan kompaun. Sekiranya tidak dijelaskan, kita tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke peringkat pertuduhan di mahkamah.

“Dalam operasi ini pihak MDR dengan kerjasama Plus memasang pelekat pada struktur papan iklan tanpa kebenaran bermula dari arah selatan (Simpang Ampat) ke arah utara (sehingga sempadan Senawang) (Kilometer 222-244) dan arah selatan bagi kilometer yang sama,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI