fbpx

Tetak isteri sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darah pekat berlumuran di ruang tamu tempat mayat seorang wanita ditemui mati akibat ditetak suaminya di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Jalan Tawau-Semporna Ahad lalu.

TAWAU – Seorang wanita sarat mengandung ditemui maut de­ngan kesan tetak pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah kongsi tidak bernombor terletak di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna Ahad lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, suami mangsa dipercayai menetak wanita berkenaan dengan parang panjang apabila berang selepas mengesyaki iste­rinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mayat mangsa ditemui di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah, manakala suspek disyaki melarikan diri selepas melakukan pembunuhan.

“Kita percaya motif kejadian ialah apabila suspek yang me­ngetahui tentang hubungan sulit mangsa hilang pertimbangan selepas wanita terbabit enggan menceritakannya kepada suaminya.

“Pemeriksaan awal fizikal ke atas mayat wanita berkenaan menemui satu kesan tetakan di belakang leher mangsa.

“Si mati dipercayai sedang mengandung,” katanya menerusi kenyataan semalam.

SUSPEK

Mengulas lanjut, Peter Umbuas berkata, pihaknya berjaya menahan suami mangsa yang juga suspek utama kira-kira pukul 12.05 tengah malam kelmarin di kawasan ladang kelapa sawit Kanda Jelita, Jalan Tawau-Semporna.

Menurut beliau, penangkapan suspek dijalankan selepas risikan maklumat menyatakan suspek telah melarikan diri sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

Antara barangan yang dirampas.

“Suspek ialah seorang lelaki warganegara Filipina berusia 22 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil ujian saringan air ken­cing turut mendapati suspek positif syabu,” katanya.

Tambahnya, selain suspek, polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 0.68 meter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang bagi membantu siasatan.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI