fbpx
Keadaan motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa selepas bertembung sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Kundur, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Remaja maut, Honda EX5 bertembung Honda Accord

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan kereta di Kilometer (KM) 4, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Kundur di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, mangsa, Muhammad Syafiq Aiman Muhammad Burhan, 18, meninggal dunia di lokasi akibat parah pada kepala, tangan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Gua Musang ke Lojing. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Accord dari arah Blau ke Gua Musang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat. Seorang lagi penunggang motosikal berusia 24 tahun cedera parah di tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemandu dan penumpang kereta Honda Accord tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes  disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN