fbpx
APPOLLIS meledak gol kemenangan Afrika Selatan selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika membenam Zimbabwe awal pagi semalam. - AFP

AFCON: Afrika Selatan sahkan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Afrika Selatan berjaya mengiringi Mesir yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas membenam Zimbabwe 3-2, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali Afrika Selatan, Hugo Broos mengakui sedikit ralat apabila anak-anak buahnya terleka hingga membenarkan Zimbabwe menyamakan kedudukan biarpun dua kali mendahului.

“Kami memulakan perlawanan dengan baik hingga mampu menghasilkan jaringan. Kemudian kami seperti ‘tertidur’ dan saya meminta pemain supaya melakukan apa yang mereka buat di awal perlawanan.

“Di babak kedua, keadaan sama berulang, tetapi akhirnya kami mengesahkan kemenangan 3-2. Kami bermain mengikut apa yang Zimbabwe mahukan.Kami melakukan hantaran ke belakang, sering hilang bola hingga meletakkan kami dalam situasi sukar,” katanya.

Terdahulu, Afrika Selatan berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Tshepang Moremi, namun kelebihan itu hanya bertahan 12 minit sebelum Tawanda Maswanhise kembali menyamakan kedudukan.

Dua lagi gol Afrika Selatan dihasilkan oleh Lyle Foster dan Oswin Appollis manakala pertahanannya, Aubrey Modiba tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol kedua Zimbabwe. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI