fbpx
SHAHIDAN

Perlis masih Perikatan Nasional – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan Perlis masih ditadbir oleh kerajaan PN.

Tegas beliau, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berhubung situasi politik di negeri itu baru-baru ini perlu dihormati semua pihak.

“(Kerajaan) Perlis masih PN. Keputusan Tuanku Raja Perlis dihormati,” katanya ringkas dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Tuanku Syed Sirajuddin bertitah supaya hubungan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu bersatu semula demi kepentingan rakyat dan negeri.

Baginda bertitah supaya semua wakil rakyat dalam PN menerima hakikat bahawa mereka perlu bekerjasama dan saling membantu.

Terdahulu, Shahidan dalam hantaran berasingan berkata, PN Perlis menghormati keputusan Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Kami memohon maaf atas apa-apa kesalahan. Sesungguhnya kepimpinan Tan Sri memberi kejayaan besar kepada PN dalam Pilihan Raya Umum yang lepas. Jasa besar tetap dikenang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI