fbpx
Gambar hiasan.

Pas kemuka calon jadi Pengerusi PN?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pas dijangka menampilkan calon daripada parti itu untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai pengerusi baharu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau yakin Pas akan menampilkan calon daripada parti ini susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tidak semestinya presiden parti, tetapi individu yang diyakini boleh mengembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah PN.

“Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli berkata, keputusan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN tindakan yang bijak dan tepat dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin kerana bersikap terbuka dan mengucapkan selamat bekerja buat Pengerusi PN yang baru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN