fbpx
ABU BAKAR (kanan) mengimbas cap jari di Pejabat Menteri Besar Perlis sebagai simbolik memulakan tugas rasmi di Kompleks Seri Putra hari ini.

Potong gaji MB RM3,000, exco RM1,500 – Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah mengumumkan pemotongan gaji bulanan beliau sebanyak RM3,000 serta potongan RM1,500 terhadap gaji barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bakal dilantik.

Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat sejurus beliau mengangkat sumpah dan memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Perlis ke-9 hari ini.

“Pemotongan gaji ini adalah langkah awal yang saya ambil sebagai tanda komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri.
“Langkah tersebut juga sebahagian daripada usaha menstabilkan kedudukan kewangan negeri di samping membantu meringankan beban ekonomi rakyat.

“Kita kena memberi khidmat kepada rakyat serta negeri dan disebabkan itu saya dengan rela hati bersetuju dengan pemotongan gaji ini,” katanya selepas sesi ‘clock in’ di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Semalam, Abu Bakar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis Kesembilan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, susulan krisis politik yang melanda kerajaan negeri sebelum ini.

Menurut Abu Bakar, amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya adalah satu tanggungjawab besar yang akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN