fbpx
Perkongsian Johan Eskandar di Instagramnya.

‘Jellybean bukan sekadar kucing, dia princess semua orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor kucing yang pernah tular apabila disediakan rumah bak istana oleh pemiliknya serta mencipta nama sebagai model untuk beberapa iklan komersial termasuk AirAsia disahkan mati pada 25 November lalu.

Pemergian kucing, Jellybean meninggalkan ruang kosong yang sukar digantikan di hati pemiliknya, Johan Eskandar Mohd Najib serta para peminat haiwan comel itu.

Johan Eskandar yang lebih dikenali sebagai Johan And His Cats berkongsi kesedihan itu menerusi hantaran di Instagramnya semalam selepas lebih sebulan menyimpan berita tersebut.
“Princess saya dah takde. Allahurabbi…Kejadian ini berlaku begitu tiba-tiba. Bila teringat, memang rasa macam mimpi. Kalau dia sakit, kita boleh ada masa nak bersedia, tapi tiba-tiba dia pergi.

“Jellybean bukan sekadar kucing, dia princess Johan, baby johan, princess semua orang. Alhamdulillah apa-apa pun Johan dah reda dengan ketentuan,” katanya.

Johan Eskandar turut sertakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum kejadian bagi tontonan umum sebagai kenangan terakhir sebelum haiwan kesayangannya itu pergi selamanya.

“Dia pinjamkan Jellybean selama 10 tahun. Syukur kepada-Nya,” luahnya.

Dalam hantaran sama, pemilik turut berkongsi bahawa dia bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada esok, namun sambutan kali ini bakal berbeza selepas ketiadaan kucing kesayangannya itu.

“Esok hari lahir Johan dan kali ni Jellybean sudah tiada. Untuk terus kuat, Johan ambil keputusan untuk ke tanah suci lagi danterus berdoa. Insya-Allah balik nanti Johan lebih bersemangat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN