fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di tiga negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kelantan di kawasan Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Ribut petir turut diramal di Terengganu (Besut dan Setiu) dan Sarawak melibatkan kawasan Miri (Telang Usan),” katanya.
Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

Bagi cuaca di sebelah petang, ribut petir di jangka berlaku di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah dan Perak.

Hujan menyeluruh turut dijangka di Pahang, Terengganu, Johor dan beberapa kawasan pedalaman di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI