fbpx
Oyen yang meraih perhatian setelah tersesat dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan, Selangor.

Pemilik perjelas punca Oyen lari dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kucing yang tersesat dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan, Selangor dipercayai menaiki kenderaan bomba yang pergi ke rumah pemilik haiwan itu untuk membakar tebuan sebelum menumpang lori ke Selangor.

Itu penjelasan Marya Mohd. Noor, 43, berkaitan kucing jantan yang tular di media sosial gara-gara ‘mengembara’ sejauh 350 kilometer sebelum ditemukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, baru-baru ini.

Marya berkata, kemungkinan besar juga Oyen yang berusia dua tahun itu menumpang lori yang selalu diletakkan berdekatan dengan rumah mereka tanpa disedari pemandunya.

“Kami pun buntu memikirkan macam mana Oyen boleh sampai ke Selangor tetapi bila fikir balik mungkin itulah caranya. Pada 21 Disember itu, kami ada panggil bomba untuk bakar sarang tebuan di halaman rumah dan yang datang dua buah kenderaan mungkin Oyen naik kenderaan itu ke balai di Bukit Kayu Hitam.

“Di luar pagar balai itu banyak lori dan treler parking. Mungkin Oyen naik lori kemudian terus ke Sekinchan. Bomba Sekinchan ada bagi tahu di tepi balai itu pun banyak lori parking dan mungkin lepas turun dari lori atau treler Oyen terus ke balai itu.

“Teori lain, mungkin Oyen naik lori milik jiran kami yang selalu diletakkan tidak jauh dari rumah tanpa disedari pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Marya juga tidak menolak kemungkinan kucing kesayangannya itu ‘merajuk’ kerana dia dan suami, Mohd. Nazri Ismail, 45, agak sibuk membuat persiapan perkahwinan majlis perkahwinan anak sulung mereka, Rabiatul Adawiyah, 22, pada 22 Disember lepas.

“Mungkinlah Oyen merajuk sebab kami sekeluarga sibuk uruskan resepsi perkahwinan itu. Kami hanya menyedari kehilangan Oyen apabila bomba dari Sekinchan itu telefon, 23 Disember lepas.

“Oyen memang selalu keluar rumah tetapi akan selalu balik semula. Sekarang Oyen masih kat Sekinchan, esok baru kami pergi ambil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN