fbpx
Uqasha Senrose.

Jaga tepi kain sendiri, bukan obses kecam Uqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMAKIN hari semakin melampau dan parah. Itu yang Diva perhatikan sikap segelintir netizen yang tidak berhenti melemparkan pelbagai kecaman dan hinaan terhadap Uqasha Senrose.

Diva faham ada yang marah dan geram dengan tindakannya memfailkan cerai terhadap Kamal Adli tetapi biarlah berpada-pada.

Sudahlah ‘dikorek’ segala kisah silam dan hubungan cintanya sebelum ini, paling melampau apabila anaknya, Hawra Uqaira dituduh bukan darah daging Kamal.

Diva rasa segala bentuk kecaman melampaui batas perlu dihentikan. Tiada hasil pun buat macam-macam dakwaan dan melemparkan kata-kata kesat kepada Uqasha. 

Perkara yang paling bagus untuk dilakukan ketika ini adalah mendoakan yang terbaik buat dia dan Kamal sekiranya mahu melihat rumah tangga mereka kembali bahagia. 

Kalau benci sekali pun, jangan ambil tahu dan jauhkan diri daripada media sosial sebab bimbang segala kata-kata negatif kalian akan makan diri semula satu hari nanti.

Sudah-sudahlah ulas rumah tangga mereka. Apa kata jaga tepi kain sendiri sahaja, takut ada yang sudah tercarik tapi tak sedar.

DIVA: Terkejut dengar Athalia diganggu suami pelakon terkenal, agak-agaknya siapa ya?



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN