fbpx
ANDONG bukan sekadar destinasi pelancongan, malah helaian sejarah yang hidup dan nadi tradisi bangsa Korea.

Andong kota bersejarah Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGIT musim luruh di Korea Selatan memayungi perjalanan saya ke sebuah kota bernama Andong iaitu wilayah yang seolah-olah tidak terusik oleh kesibukan dunia moden.

Terletak di pelukan lembah Gyeongsangbuk-do, Andong bukan sekadar destinasi pelancongan, malah helaian sejarah yang hidup dan nadi tradisi bangsa Korea.

Setibanya di kota itu, udara sejuknya menyapa lembut, seolah-olah mengajak saya memperlahankan langkah dan mendengar bisikan masa lalu. 

Deretan rumah kayu bergaya hanok berdiri teguh seolah-olah menyimpan rahsia zaman Joseon. Di sini, waktu seakan kaku. 

Ia berjalan perlahan, seiring dengan jiwa manusia yang menghargai makna kehidupan.

Kunjungan saya ke Kampung Rakyat Hahoe iaitu tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) membawa saya menyelami jiwa sebenar masyarakat Korea lama. 

Dari lenggok atap gentingnya sehingga ke ukiran kayu yang halus, setiap inci ruangnya berbicara tentang kesederhanaan, kebijaksanaan dan keharmonian manusia dengan alam. 

Tidak jauh dari situ, Jambatan Woryeonggyo menjanjikan pemandangan yang menenangkan jiwa. 

SEBAHAGIAN makanan tempatan yang sempat dicuba oleh penulis.

Saat melangkah di atas papan kayunya, saya terasa seakan meniti antara dua dunia, masa silam dan masa kini.

Namun keindahan Andong tidak hanya terletak pada landskapnya, malah pada jiwa penduduknya yang penuh sopan dan rendah hati. 

Walaupun ada batasan bahasa, namun senyuman mereka menjadi jambatan komunikasi yang paling tulus. 

Saya sering dibantu oleh penduduk tempatan, daripada pemilik kedai kecil yang sabar menunjukkan arah sehinggalah warga emas yang menegur mesra, meskipun tidak memahami sepatah pun bahasa Inggeris.

Makanan di sini pula seperti kisah bercerita dalam setiap suapan. Andong jjimdak, ayam rebus dalam sos kicap manis pedas dengan mi kaca dan kentang menjadi hidangan ikonik yang wajib dicuba. 

Rasanya harmoni antara masin, manis dan pedas, seolah-olah menggambarkan keseimbangan hidup masyarakatnya. 

PENULIS menikmati keindahan panorama desa di Andong yang masih terpelihara.

Bagi pencinta kopi, Andong menyimpan kejutan yang menenangkan. Kafe-kafe kecil berkonsep tradisional moden tumbuh di celah-celah lorong lama, menawarkan aroma kopi panggang tempatan yang lembut. 

Setiap cawan disajikan dengan penuh ketelitian, seolah-olah masa berhenti untuk memberi ruang kepada aroma dan rasa menikmatinya.  

Kemuncak perjalanan saya di Andong bukan sekadar pada keindahan panoramanya, sebaliknya pada Andong International Maskdance Festival yakni perayaan agung yang menghimpunkan budaya, tarian dan warna-warni dunia di satu pentas. Di sinilah topeng tidak sekadar menutupi wajah, tetapi menyingkap makna sejati kemanusiaan, di mana setiap bangsa memiliki cara tersendiri menzahirkan jiwa dan cerita.

Pada malam gemilang 5 Oktober lalu, di bawah cahaya lampu yang menari-nari di udara, nama ALAM Malaysia juga bergema di pentas antarabangsa. 

Kami, 20 jiwa dari tanah air tercinta berdiri sebaris dengan penari dari serata dunia, memikul nama Malaysia dengan penuh bangga. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN