fbpx
Muhammad Azmir

Muhammad Azmir disebut-sebut calon MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Muhammad Azmir Azizan disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Perlis yang baharu menggantikan Mohd. Shukri Ramli yang meletakkan jawatan pada kelmarin.

Beliau yang berusia 45 tahun merupakan Exco kanan daripada Pas yang memegang portfolio Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia negeri.

Menurut sumber, Muhammad Azmir merupakan antara individu rapat dengan mantan Menteri Besar Perlis dan dilihat menjadi antara calon daripada Pas yang layak menggalas jawatan itu.

Seorang lagi ADUN Pas yang dikatakan menjadi pilihan ialah Asrul Aimran Abd. Jalil dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang.

Tiga lagi ADUN Pas di negeri ini ialah Razali Saad (Simpang Empat), Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer) dan Haziq Asyraf Dun (Beseri).

Sementara itu, di pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ADUN yang dikatakan menjadi calon jawatan nombor satu negeri itu ialah Abu Bakar Hamzah, wakil rakyat di DUN Kuala Perlis.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada semalam memaklumkan parti mempersembahkan nama calon Menteri Besar Perlis kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Mohd. Shukri yang meletakkan jawatan pada kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN