fbpx
SEBUAH rumah rosak selepas tentera Thai menyerang wilayah Banteay Meanchey di Kemboja pada 16 Disember lalu. – AFP

Thai, Kemboja setuju gencatan senjata ‘serta-merta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata ‘serta-merta’, kata kedua-dua negara dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan Bangkok dan Phnom Penh, kedua-dua belah pihak berjanji untuk menamatkan pertempuran sempadan berdarah yang berlarutan selama beberapa minggu.

“Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan gencatan senjata serta-merta selepas menandatangani kenyataan bersama ini, berkuat kuasa dari jam 12.00 tengah hari (waktu tempatan) pada 27 Disember 2025.

“Ia melibatkan semua jenis senjata, termasuk serangan ke atas orang awam, objek dan infrastruktur awam, dan objektif ketenteraan mana-mana pihak, dalam semua kes dan semua kawasan,” kata kenyataan Jawatankuasa Sempadan Am Khas kedua-dua negara itu yang dikeluarkan oleh pihak Kemboja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI