fbpx
Tangkap layar video Najihah bersama seorang lelaki yang dijumpa di Madinah, seiras arwah bapanya. (Gambar kecil arwah bapa Najihah)

[VIDEO] Allah bagi jumpa lelaki seiras arwah bapa di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka kerinduan kepada arwah bapanya terubat apabila terserempak dengan seorang lelaki seiras orang yang disayanginya ketika berada di Madinah.

Menerusi video dikongsikan oleh Najihah Ishak, kelihatan wanita itu mengejar lelaki tersebut selepas dia terserempak dengan individu itu yang berjalan dengan isterinya.

“Bila rindu arwah ayah. Tiba-tiba Allah bagi jumpa yang seiras di Madinah. Terima kasih bagi peluang, lepas rindu walaupun sedetik. Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah saya, Ishak Bin Daud,” katanya.

Pada video berkenaan, mereka sempat bertegur dan lelaki itu turut tersenyum serta mengambil gambar bersama.

Menerusi ruangan komen, Najihah berkongsi situasi yang berlaku selepas dia bertemu lelaki itu.

“Isteri dia okey. Pak cik ni bagitahu isteri dia (bahasa negara mana, tak dikenal pasti) yang muka dia sama macam ayah saya. Dia siap minta kebenaran isteri dia, boleh tak nak ambil gambar. Isteri dia bagi je.

“Tapi diorang tak faham Inggeris. Puas saya terangkan. Saya kena buat bahasa isyarat, baru diorang faham,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada mengiyakan arwah bapanya seiras lelaki tersebut, malah ada juga meneka berkemungkinan individu itu berasal dari Mesir.

“Apabila seiras, cara bergerak, cara senyum pun sama kan,” komen Angin Senja.

“Lagi sedih bila dah seiras, rindu, tapi tak dapat peluk kan,” kata Annrsyfqh.

“Orang Arab Mesir. Saya dapat kenal daripada raut wajah,” kata Syxxff. – KOSMO! ONLINE

@najihah_ishak_Terima kasih bagi peluang lepas rindu walaupon sedetik🤍🥹 Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya ISHAK BIN DAUD🤍

♬ original sound – Abam_JiwangkapaK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI