fbpx
KEADAAN bas dan lori yang terlibat kemalangan di atas Jambatan Endau di Rompin malam semalam.

Bas bawa 30 penumpang bertembung treler atas Jambatan Endau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Kira-kira 30 penumpang bas ekspres melalui detik cemas selepas bas dinaiki mereka bertembung dengan treler membawa muatan besi di atas Jambatan Endau di Kilometer 159 Jalan Kuantan – Johor Bharu di sini malam semalam.

Bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, berdasarkan siasatan awal semasa kejadian treler dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Johor Bahru manakala bas dari arah bertentangan dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai bas hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang bergerak lurus.

“Akibat kemalangan tersebut, semua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus di atas jambatan dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan mengakibatkan kemalangan berlaku,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI