PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 11 pagi ini di beberapa negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka melibatkan beberapa daerah di Pahang iaitu Bentong dan Temerloh.
“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat termasuk Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di seluruh Melaka dan beberapa daerah di Johor melibatkan Tangkak dan Muar.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE














