fbpx
Perumahan Cherong Lanjut yang dilanda banjir kilat di Kuala Terengganu hari ini.

Pusat bandar Kuala Terengganu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Beberapa kawasan termasuk pusat bandar raya di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Limpahan air turut menjejaskan beberapa laluan utama di bandar raya seperti Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Ladang dan Jalan Kamarudin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, buat masa ini, kesemua laluan tersebut telah ditutup untuk kegunaan semua kenderaan.

“Anggota polis trafik telah dikerahkan untuk memantau dan membantu kelancaran lalu lintas di laluan terjejas. Pengguna jalan raya pula dinasihatkan berhati-hati, patuh papan tanda amaran banjir dan tangguh dahulu perjalanan ke pusat bandar raya sehingga banjir surut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN