fbpx
Mohd. Shukri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis, hari ini. Foto oleh IZLIZAN OTHMAN

Kesilapan saya adalah terlalu baik, hargai persahabatan – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengakui bahawa kesilapannya dalam pentadbiran adalah kerana terlalu baik dan amat menghargai persahabatan sehingga menjejaskan kedudukan politiknya.

Beliau berkata, keputusan meletakkan jawatan dibuat secara sukarela atas faktor kesihatan dan tidak mempunyai kaitan dengan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

“Saya masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab tersebut.

“Saya juga tidak dapat mengulas isu kepercayaan dalam Perikatan Nasional (PN) kerana perkara tersebut berada di bawah pertimbangan pimpinan tertinggi gabungan,” katanya pada sidang akhbar di Kediaman Rasmi MB Perlis di sini hari.

Katanya, sebarang keputusan melibatkan hubungan antara parti dalam PN hanya akan diputuskan selepas perbincangan di peringkat pusat.

Mengulas tindakan terhadap tiga ADUN yang dikatakan melanggar ketetapan parti, Mohd Shukri berkata, tindakan itu dibuat berasaskan prinsip disiplin dan bai‘ah yang menjadi pegangan dalam Pas.

“Pelanggaran bai‘ah dianggap sebagai pengkhianatan dan sebarang imbuhan yang diterima selepas itu tidak wajar digunakan.

“Saya sendiri tidak mengetahui lebih awal mengenai gerakan politik yang berlaku dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang dirancang secara rapi tanpa pengetahuan saya. Jika saya tahu, saya akan halang”, jelasnya.

Beliau berkata, apa yang berlaku mungkin berpunca daripada sifatnya yang terlalu mempercayai rakan-rakan dan terlalu menghargai persahabatan dalam kalangan pentadbiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN