JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia berdepan detik seram apabila menemui kelibat didakwa pocong ketika menaiki motosikal bersama rakannya pada waktu tengah malam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tarakanku menunjukkan satu lembaga berwarna putih berdiri tegak di kawasan semak-samun.
Dia bertambah cemas apabila pocong itu tiba-tiba melompat.
Masih belum jelas lokasi sebenar kejadian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 61,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenapa video hantu mesti kabur,” kata seorang netizen.
“Itu tiang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














