fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM.

Kawan mesej ‘saya jumpa gambar anda…’, jangan terus tekan ‘link’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mesej ringkas ‘GhostPairing’ daripada nombor asing antara taktik baru modus operasi sindiket penipuan dalam talian untuk memerangkap pengguna WhatsApp.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Public Health Malaysia (PHM), modus operandi itu bukan serangan godam konvensional, sebaliknya memperdaya mangsa supaya memberi akses akaun WhatsApp tanpa kata laluan.

“Mula-mula anda dapat mesej daripada nombor yang nampak ‘kenal’. Kadang-kadang memang kawan anda, tapi akaun dia dah kena godam dulu.

“Ayat dia ringkas je, contoh ‘Saya jumpa gambar anda’ siap bagi pautan link yang nampak macam Facebook atau gambar. Bila anda klik, terus dibawa ke laman palsu yang nampak betul.

“Di situ, anda diminta masukkan nombor telefon dan ikut langkah pengesahan untuk mendapatkan akses ke WhatsApp anda melalui fungsi rasmi WhatsApp, iaitu peranti sindiket penipuan tersebut,” katannya.

Tanpa disedari, mangsa sebenarnya sedang menghubungkan akaun WhatsApp mereka ke peranti ‘scammer’ melalui fungsi ‘Linked Devices’, sekali gus membenarkan peranti asing itu menerima salinan perbualan secara langsung.

Difahamkan, keadaan itu membolehkan ‘scammer’ membaca mesej peribadi, memuat turun gambar dan video, memantau senarai kenalan serta menyamar sebagai mangsa untuk meminta wang atau menyebarkan pautan sama ke kumpulan lain.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang rata-rata pengguna bimbang secara tidak sedar terperdaya dengan modus operandi berkenaan.

“Sebab itu orang-orang dulu kata, kena ada ilmu kalau nak guna internet,” komen @NadzriHamden.

“Saya rasa nak pakai telefon awam yang warna oren ganggang hitam masuk sepuluh sen sajalah,” komen @RahayuIsmail. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI