fbpx
GAMBAR fail piza di Chinatown, Singapura. - Foto AFP

Telefon 48 kali, tunggu 3 jam untuk ‘delivery’ piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura terpaksa menghubungi sebuah kedai piza sebanyak 48 kali sambil menunggu lebih tiga jam sebelum pesanan akhirnya dihantar ke rumahnya, lapor laman berita Stomp hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Teo berkata, dia membuat pesanan berharga SG$75 (RM237) melalui laman web rangkaian piza tersebut sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan). 

Namun, pesanan dari cawangan Upper Paya Lebar tiba lewat iaitu pada pukul 9.10 malam (waktu tempatan).

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Teo, dia dilihat bercakap dengan penghantar piza itu menggunakan nada yang kecewa kerana kelewatan tersebut. 

Teo turut memberitahu penghantar makanan tersebut bahawa dia enggan menikmati piza itu dan meminta agar ia dikembalikan.

Dia berkata, kedai makanan segera itu kemudian mengeluarkan permohonan maaf dan memberikannya baucar piza percuma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN