JAKARTA – Penduduk di Aceh Barat, wilayah Aceh digemparkan dengan kemunculan minyak dipercayai diesel selepas banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda mulai surut, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform @officialinews menunjukkan penduduk tempatan berpusu-pusu mengambil lapisan minyak yang berada di permukaan air dan lumpur.
Ada antara mereka sanggup membawa baldi, tong air, botol mineral serta cawan kosong untuk mengambil minyak tersebut.
Punca dan asal usul kemunculan minyak itu masih belum diketahui.
Rakaman itu mencatatkan lebih lima juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Jangan dimuat naik di media sosial, nanti pemerintah katakan ia milik mereka,” kata seorang netizen.
“Di sebalik bencana yang terjadi, ada hikmahnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














