fbpx
Tangkap layar perkongsian di Threads oleh @hafinazihanafiah berhubung aktiviti ulat parkir di ibu negara.

[VIDEO] ‘Makin berleluasa ulat parking’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki dipercayai ‘ulat parkir’ yang mengutip wang parkir tanpa kebenaran pihak berkuasa mencuri perhatian ramai selepas disoal siasat pihak polis, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @hafinazihanafiah, dia yang menjadi mangsa telah melihat dua anggota polis peronda bermotosikal menahan lelaki itu yang didakwa meminta dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurutnya, lelaki itu telah berulang kali memintanya membayar parkir walaupun tidak mempunyai sebarang kebenaran.
“Dari tadi lagi dia meminta duit parkir dari saya. Dia tiada kebenaran pun untuk kutip duit parkir,” katanya kepada pihak polis tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut turut bimbang dengan isu tersebut yang semakin berleluasa.

“Sudah ramai sangat orang-orang ‘ulat parkir’ ni lebih-lebih lagi kawasan Kuala Lumpur. Sekali kutip sudah RM10, RM20. Padahal situ kawasan parkir awam. Harap pihak berkuasa lebih tegas,” komen Jamal.

“Terima kasih dedahkan kes ‘ulat parkir’ ni. Semakin menjadi-jadi pula dekat Kuala Lumpur ini,” kata Adrin.

“Bagus terus ke balai polis saja. Bawa video ni terus untuk buat laporan polis rasmi, baru boleh tangkap terus. Tidak perlu tanya-tanya lagi, kalau tidak, tak akan selesai kes ni,” komen Irisz. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN