fbpx
Tangkap layar video memaparkan kegigihan sekumpulan guru meredah laluan berselut dan licin untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.

[VIDEO] ‘Beginilah kami di hari akhir persekolahan…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Hari terakhir persekolahan, perjalanan agak mencabar. Kali ini kami mengambil masa kira-kira lima jam untuk sampai ke luar”.

Demikian pendedahan seorang guru yang mengajar di pedalaman, Sekolah Kebangsaan (SK) Balar di Gua Musang, Kelantan, tentang ‘suasana’ perjalanan pulang ke kediaman masing-masing selepas sesi persekolahan berakhir.

Menggunakan profil @Cikgu_Cubcross di media sosial, guru berkenaan memaklumkan, kebiasaannya perjalanan keluar mengambil masa tiga jam dan ke atas, bergantung kepada keadaan cuaca serta jalan.

Guru tersebut turut berkongsikan video memaparkan ketabahannya bersama beberapa orang teman sekerja yang lain sedang bertungkus-lumus untuk melepasi jalan berselut dan licin.

“60 kilometer ‘off-road’ (pemanduan luar jalan raya). Jalan agak licin dan berselut, ‘tolak ansur’ perlu bila motosikal tak jalan,” katanya di media sosial.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata mengagumi ketabahan dan kesungguhan dimiliki semua guru berkenaan dalam usaha mendidik masyarakat.

“Semoga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu semua dunia akhirat dalam mendidik anak-anak SK Balar. Saya suka tengok perjalanan cikgu-cikgu hebat ini,” ujar @Ummi Wajdi.

“Macam ni lah kalau sekolah pedalaman di Sarawak. Bukan stakat off-road, malah meredahi sungai-sungai lagi,” kongsi @Mell Rich.

Sementara itu, ada netizen lain menjelaskan bahawa, bukan setiap hari guru-guru berkenaan perlu melalui laluan berkenaan kerana kebiasaanya mereka telah disediakan tempat tinggal berhampiran sekolah.

“Bukan tiap-tiap hari macam tu. Kalau nak balik kampung hujung minggu atau cuti sekolah ja kena lalu jalan tu. Hari persekolahan biasa, cikgu-cikgu pedalaman akan tinggal di kuarters berhampiran sekolah,” jelas @Norhayati.

“Mereka duduk kuarters dalam sana tu. Ni perjalanan bila nak balik ke rumah dekat luar, atau nak balik semula ke sekolah,” tambah pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@cikgu_cubross Hari terakhir persekolahan, perjalanan agak mencabar. Kali ini kami mengambil masa kira-kira 5 jam untuk sampai ke luar. Masa perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan serta berapa ramai guru yang bergerak bersama. #gurupedalaman #4x4offroad #CikguMael #cubcrosslover #posbalar ♬ original sound – Cikgu_Cubcross

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN