fbpx
Tangkap layar video CCTV yang memaparkan kejadian tersebut, bulan lalu.

Kes lelaki ditampar anggota di Banting disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Polis telah membuka kertas siasatan membabitkan seorang lelaki ditampar beberapa kali dipercayai oleh anggota polis di Kampung Sungai Ingat, Banting di sini, bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, ini susulan laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 39 tahun yang merupakan ibu kepada lelaki itu pada 4.56 petang, 18 Oktober lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan tersebut, pengadu mendakwa menerima rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi kira-kira tiga minit melalui aplikasi WhatsApp daripada bapanya pada jam 9.11 malam, tiga hari sebelum laporan dibuat.

“CCTV itu menunjukkan anak pengadu berusia 26 tahun tersebut telah didatangi beberapa lelaki memperkenalkan diri polis.

“Dalam rakaman itu juga anak pengadu telah ditampar beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi tujuan mendapatkan barang bukti,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau menambah, bapa pengadu juga memaklumkan telah menyaksikan kejadian tersebut.

Tegas Mohd. Sufian, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini, di talian 03-31872222,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN