fbpx
GAMBAR fail sebuah kedai emas di Hefei. - Foto AFP

Sorok hampir 2 kilogram emas curi belakang batu nisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki di tengah China  ditahan selepas menceroboh sebuah kedai barang kemas pada waktu malam dan mencuri lebih 1.7 kilogram emas, lapor portal berita VnExpress semalam.

Polis berkata, suspek menyembunyikan hasil curian dengan menanamnya di belakang batu nisan kubur nenek moyang keluarganya. Dia mencuri emas untuk  melunaskan hutang perjudian.

Menurut akhbar China Daily, kejadian pecah masuk itu dilaporkan sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 13 Disember lalu di daerah Huangpi.

Polis menemui lubang besar yang ditebuk pada dinding berhampiran pintu masuk utama kedai barang kemas tersebut.

Menurut portal berita Sina, pemeriksaan awal mendapati kira-kira 1,783 gram emas, bernilai lebih 1.7 juta yuan (RM983,000) telah dicuri.

Selepas meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar selama lebih 20 jam, polis mengenal pasti sebuah kereta sedan putih yang tiba di Wuhan sehari sebelum kejadian pecah masuk.

Kereta tersebut diparkir berhampiran kedai berkenaan dan beredar dengan pantas selepas kecurian berlaku.

Polis berkata, cubaan pemandu untuk melindungi wajahnya dengan pelindung matahari semasa memandu menimbulkan syak wasangka.

Suspek kemudian dikenali polis sebagai seorang lelaki dengan nama keluarga Wei, berasal dari Suizhou dan mempunyai rekod jenayah. 

Dia ditahan pada petang 16 Disember lalu di daerah Tongshan dengan bantuan polis Xianning.

Wei mengaku melakukan perbuatan itu dan memberitahu polis bahawa dia telah menjual lebih 400 gram emas curi bagi melangsaikan sebahagian hutang perjudiannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN