fbpx
Kejadian kebakaran sehingga mengorbakan seorang ibu dan anak angkatnya dipercayai dilakukan anak kandung mangsa secara bersendirian.

Ibu, adik angkat rentung, anak mangsa sendiri mulakan kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu dan anak angkat perempuan berusia lima tahun di kediaman sewa mereka di Taman Rathna, Butterworth di sini, 10 Disember lalu dipercayai dilakukan anak lelaki mangsa secara bersendirian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan kes tersebut sebelum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Motif sebenar suspek bertindak sedemikian masih belum diketahui kerana suspek masih menerima rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah dan dipercayai dilakukan oleh suspek secara bersendirian. Laporan daripada pihak bomba juga mengesahkan terdapat kesan petrol di dalam rumah,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pemuda berusia 20-an yang ditahan reman sehingga 24 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan disahkan tidak mempunyai rekod perubatan psikiatri.

Jenazah Hayani Yaakob, 50-an bersama anak angkat perempuannya yang dikenali sebagai Andra masih belum boleh dituntut dan dikebumikan kerana perlu menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN