SHENZHEN, China, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ — Dalam era yang semakin berciri digital, kehidupan moden dan aktiviti ekonomi terlalu banyak bergantung pada rangkaian. Kestabilan rangkaian memberi impak langsung kepada ‘kesejahteraan digital’ awam dan ‘penghayatan penyertaan sosial’. Sebagai otak rangkaian, rangkaian teras harus kekal stabil, memandangkan sebarang gangguan perkhidmatan boleh memberi kesan ke atas puluhan juta pengguna, lalu mengakibatkan impak kemasyarakatan yang bukan kepalang. Penyelesaian ICNMaster MDAF Huawei membina sistem kestabilan tinggi yang pintar berdasarkan MoM (Mixture of Models), kolaborasi berbilang ejen dan teknologi kembar digital rangkaian. Ia mengupayakan pencegahan risiko yang proaktif, pemulihan kerosakan pantas dan juga pemulihan perkhidmatan dalam tempoh beberapa minit, lalu membantu pengendali global mempercepat perjalanan mereka ke arah kestabilan tinggi L4 dan memastikan pengalaman kesinambungan perkhidmatan.
Seiring perkembangan teknologi 5G dan awan, perkhidmatan menjadi lebih terpelbagai. Di samping kemunculannya, terdapat pula penyahgandingan perisian-perkakasan, kewujudan bersama berbilang generasi, API antara generasi yang kompleks, lonjakan pengisyaratan, kerosakan rangkaian pengangkutan dan kegagalan pusat data yang kesemuanya membawakan tekanan yang lebih besar ke atas pengendali untuk mengekalkan keandalan gred pembawa rangkaian teras. Menurut statistik GlobalData, 42% pengendali mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian teras dalam tempoh tiga tahun yang lalu, dengan kekerapan meningkat setiap tahun, lalu mencetuskan kebimbangan industri yang meluas. Bagi membimbing pengendali global dalam meningkatkan keandalan rangkaian teras secara progresif, TM Forum mengeluarkan standard penilaian kestabilan tinggi rangkaian teras. Berpuluh-puluh pengendali telahpun mengambil bahagian dalam aspek penilaian. Peningkatan keandalan rangkaian teras menjadi konsensus industri.
Bagi memenuhi permintaan pengendali global untuk mencapai kestabilan tinggi rangkaian teras, Huawei melancarkan sistem kestabilan tinggi pintar ICNMaster MDAF. Berdasarkan inovasi terdahulu seperti "Ejen Pengurusan Kerosakan" dan "Ejen Pengendalian Aduan," ia memperkenalkan teknologi rintis: seni bina MoM, kolaborasi berbilang ejen dan sinergi kembar digital ejen-rangkaian. Ini mendayakan penutupan masalah secara automatik, mengurangkan kebarangkalian insiden, mencapai pemulihan perkhidmatan dalam beberapa minit dan memperkasakan kestabilan tinggi L4 rangkaian teras.
Bermula daripada ‘Seni Bina Model-Tunggal’ kepada ‘Seni Bina Berbilang-Model’: Berbanding dengan seni bina model-tunggal lazim, seni bina MoM mencapai kemajuan senario. Ia mengintegrasikan sepenuhnya kelebihan model inferens pantas dengan model penaakulan mendalam seperti DeepSeek. Rangka kerja penghalaan trafik model pintar mengagihkan tugas secara dinamik: peristiwa rutin dengan kekerapan tinggi dikendalikan serta-merta oleh model yang pantas dan tepat, manakala anomali kompleks yang memerlukan penaakulan mendalam diberikan kepada model penaakulan. Ini dapat memastikan tindak balas sepantas kilat terhadap isu-isu biasa dan penaakulan mendalam untuk kesalahan kompleks, lalu mencapai kecekapan dan kejituan optimum.
Bermula daripada ‘Automasi Ejen-Tunggal’ kepada ‘Penutupan-Kendiri Kolaboratif Berbilang-Ejen’: Ejen tunggal lazim hanya mengautomasikan senario individu yang terpencil. Teknologi kolaborasi berbilang-ejen boleh menyatukan beberapa ejen secara teratur, melaksanakan pengaturan ejen, penyelesaian konflik dan banyak lagi. Tindakan pemulihan disahkan melalui sistem kembar digital rangkaian, memastikan langkah-langkah pembetulan adalah tepat dan berkesan sebelum diaplikasikan pada rangkaian langsung yang akhirnya mencapai gelung penutupan kendiri "persepsi-analisis-keputusan-pelaksanaan".
Penyelesaian kestabilan tinggi kolaboratif berbilang ejen berasaskan MoM ICNMaster MDAF Huawei melangkaui sekadar penambahbaikan; ia merupakan langkah yang amat penting ke arah mencapai rangkaian autonomi sepenuhnya. Ia membolehkan pengendali menyediakan bukan sahaja sambungan, tetapi juga asas digital yang berorientasikan masa depan, bingkas dan pintar. Ia berjaya menyelesaikan konflik yang wujud sejak dahulu lagi antara kestabilan rangkaian dan kecekapan operasi serta menyaksikan perubahan strategik asas dalam model operasi industri telekomunikasi bermula daripada berpusatkan rangkaian kepada berpusatkan pengguna. Paradigma kolaborasi ‘Ejen+ Kembar Digital’ yang disahkan oleh sistem ini meletakkan asas teknikal dan praktikal yang kukuh untuk merealisasikan rangkaian pemanduan autonomi sepenuhnya pada masa akan datang.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4852403_MS52403_6














