fbpx
Gambar hiasan.

Mindef tunggu hasil siasatan dakwaan kemasukan duit libat pegawai ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menunggu hasil siasatan rasmi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan lanjut, susulan dakwaan kemasukan wang tunai dalam jumlah besar melibatkan pegawai atasan Angkatan Tentera (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, ia selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Mindef mengambil maklum berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram yang dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan seorang pegawai atasan ATM.

“Mindef menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang akan dilaksana dan dijalankan, serta menegaskan komitmen Kementerian terhadap pematuhan undang-undang dan prinsip keadilan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, tuduhan atau penghakiman sendiri sehingga siasatan selesai dan dapatan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa aktivis Che’gu Bard atau Badrul Hisham Shaharin untuk tampil membuat laporan rasmi membabitkan pegawai kanan ATM.

Ia susulan dakwaan kemasukan wang tunai dalam jumlah besar yang melibatkan pegawai kanan tentera dan pihak-pihak berkaitan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya bersedia menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya mempunyai maklumat dan bukti yang boleh dipercayai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN