fbpx
Gambar hiasan

‘Saya tak mampu bayar, bila gaji masuk terus kosong”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi rasa gusar apabila terbeban dengan pelbagai hutang dalam talian yang mengakibatkan gajinya habis sebaik sahaja diterima.

Menurut perkongsian itu di Facebook, individu terbabit mendedahkan dia mempunyai komitmen kewangan yang tinggi melalui beberapa platform pinjaman dan pembiayaan, termasuk SPaylater (beli sekarang bayar kemudian) sebanyak RM2,000 dan Atome RM6,500.

Selain itu, dia turut mempunyai tunggakan bayaran pembelian di AEON Bank selama dua bulan, manakala satu lagi platform pinjaman wang kecemasan secara dalam talian berjumlah RM3,000.

Katanya, antara komitmen bulanan yang lain termasuklah hutang perabut bernilai RM289 serta pinjaman peribadi mencecah RM14,000.

“Saya tak mampu dah nak bayar semua ini sebab bila gaji dah masuk, gaji saya terus kosong…dah tak ada apa-apa,” tulisnya.

Perkongsian individu tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberi nasihat dan berkongsi pengalaman sama dalam mengurus hutang terutama menerusi platform secara dalam talian talian agar tidak menjadi beban sekali gus berisiko diisytihar muflis.

“Tuan, cuba senaraikan apa-apa barang yang boelh dijual, mana tahu boleh bayarkan hutang bulanan tu,” cadang seorang pengguna.

“Jual aset yang tak penting. Jangan tambah beban baru. Kalau ada dua motosikal, jual satu. Kalau ada kasut, pakaian berjenama yang kurang berfaedah, jual. Bayar hutang yang ada dulu, jangan bertindak melulu,” pesan Ibraheem.

“Buat kerja sambilan. Jangan malu untuk jadi pemandu e-hailing atau penghantar makanan. Dekat tempat kerja saya, staf ‘gomen’ pun buat dua kerja,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN