fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan kanak-kanak lelaki menunggang basikal, hadiah daripada bapanya.

[VIDEO] ‘Terima kasih mengalah demi adik-adik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki tidak mampu menahan air mata selepas menerima hadiah sebuah basikal daripada bapanya sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok ibunya @Azizahnasrun, kanak-kanak itu kelihatan terkejut apabila dimarah kerana pulang lewat sebelum menangis melihat sebuah basikal di dalam rumahnya.

“Semoga abang gembira dengan hadiah ini. Terima kasih sebab banyak mengalah demi adik-adik. Mama tak nak abang rasa mama dan papa tak adil.
“Baru kali ini ada rezeki lebih untuk papa belikan basikal untuk abang,” katanya pada ruang kapsyen.

Lebih memilukan apabila kanak-kanak itu memeluk bapanya selepas mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengakui hadiah itu sebagai simbol kasih sayang seorang bapa.

“Tiada hadiah yang lebih baik daripada pelukan antara seorang ayah dan anak,” komen @Kak.bainun.

“Sebagai seorang abang, cukup baca kapsyen sudah cukup buatkan aku menangis,” komen @Kloski.

“Tiga kali ulang video, tiga kali juga menangis. Kakak doakan semoga abang jadi anak yang sentiasa sejukkan hati ibu dan ayah,” komen @HidayahHisham. – KOSMO! ONLINE

@azizahnasrunsmga abg happy ya dgn hadiah ni..terima ksih sbb byk mgalah dmi adik² ..mama xnk abg rasa mama papa xadil mungkin baru ni ade rzki lbh baru papa dpt belikn abg basikal♥️

♬ original sound – Nurazizah Nasrun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN