fbpx
Gambar hiasan

Simpanan RM88,000 isteri, Tabung Haji lebur ditipu ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut dikenakan tindakan perundangan kerana didakwa kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang lelaki warga emas kerugian RM88,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Tambah parah, kesemua wang yang hilang itu merupakan simpanan Tabung Haji pesara berusia 75 tahun tersebut dan tabungan isteri.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, lelaki tersebut telah dihubungi lelaki tidak dikenali mengaku kononnya anggota polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 2 Disember lalu.
“Mangsa terkejut didakwa kononnya sedang disiasat kerana terlibat dalam kes penggubahan wang haram sebelum panggilannya kemudian disambung kepada individu lain mendakwa kononnya pendakwa raya.

“Suspek menawarkan penyelesaian kes dengan syara pesara terbabit menyerahkan wang simpanannya kononnnya bagi tujuan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, lelaki warga emas itu yang panik mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang simpanan dia dan isteri ke dalam tujuh akaun bank diberi suspek antara 4 Disember hingga 18 Disember lalu.

Beliau berkata, setiap kali transaksi selesai, mangsa diarahkan agar mengoyak resit pembayaran.

“Pesara itu hanya menyedari tertipu apabila dia memaklumkan perkara tersebut kepada isterinya setelah pembayaran terakhir dilakukan pada kelmarin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN