MUAR – Pekerja pembersihan yang menjadi mangsa dalam insiden gas meletup di Taman Pagoh Jaya di sini malam semalam kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar di sini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa Fauzisham Darwis, 51, ketika ini dalam tidak sedarkan diri selepas melecur sehingga 60 peratus.
“Polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan berlaku kejadian gas meletup di sebuah rumah di Taman Pagoh Jaya pada pukul 8 malam.
“Tempat kejadian merupakan sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan kebakaran berlaku di bahagian dapur.
“Pemeriksaan dijalankan menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di luar rumah dengan kesan terbakar di muka, badan serta keseluruhan badan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Raiz Mukhliz berkata, semasa kejadian, mangsa berseorangan di rumah, manakala isterinya keluar membeli barang di Taman Pagoh Jaya, Pagoh.
“Pemeriksaan dijalankan menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di luar rumah dengan kesan terbakar di muka, badan serta keseluruhan badan,” katanya. – KOSMO! ONLINE














