fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu memecahkan cermin kereta milik individu yang gagal melangsaikan hutang. - TikTok

Penghutang liat bayar RM94,000, wanita pecahkan tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Seorang wanita di Indonesia nekad merosakkan sebuah kereta dimiliki individu yang belum melangsaikan hutang berjumlah 389 juta rupiah (RM94,817), lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bangsaonline menunjukkan wanita terbabit memecahkan cermin kereta dengan menggunakan sebatang besi. 

“Saya akan bayar hutang tetapi tolong jangan rosakkan kereta saya!” kata penghutang itu di dalam video. 

Situasi itu tercetus apabila pemilik kenderaan tersebut gagal melunaskan hutang beratus-ratus juta seperti yang dijanjikan.  

Rakaman itu mencatatkan lebih 11.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Hutang sebanyak itu mesti beli kereta!” kata seorang netizen. 

“Kalau hutang sebanyak itu tidak dilangsaikan, saya juga akan mengamuk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI