fbpx
Wakil penduduk Kampung Repah yang membantah keras pelantikan ketua kampung baharu yang didakwa berasal dari negeri lain.

Bantah orang luar jadi ketua Kampung Repah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Penduduk Kampung Repah di sini mahu jawatan Pe­ngerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) atau ketua kampung dipilih dari anak jati kampung berkenaan.

Wakil penduduk Nor Haslen Alom, 50, berkata, ini kerana jawatan tersebut dikatakan ­di­serahkan kepada individu yang bukan berasal dari kampung itu dan tidak dikenali penduduk.

Menurutnya, bantahan berhubung ketua kampung baharu telah dibuat sejak 1 Disember lalu melalui kutipan petisyen tandatangan lebih 100 penduduk dan diserahkan kepada kepimpinan setempat termasuk wakil rakyat dan Pejabat Menteri Besar.

“Saya sebagai wakil penduduk Kampung Repah, memang rasa tak puas hati dengan pelantikan ketua kampung (Pengerusi JPKK) yang baharu, sepatutnya mesti bermastautitn di Kampung Repah, ahli kariah tapi syarat itu tidak dipenuhi.

“Yang saya tahu, pengerusi JPKK yang baharu berasal dari negeri lain dan menetap di luar kampung kami. Masih ramai lagi calon anak jati kampung ini yang layak. Macam mana orang luar pula hendak menjadi pemimpin kami sedangkan kami penduduk pun tidak kenal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Penduduk lain, Md Noor Az­man Mohd Nawawy, 60, berkata, sekali pun ketua kampung yang dilantik bukan anak jati kampung tetapi biarlah dia bermastautin di sini.

“Kami tak perlu orang luar yang tiba-tiba dilantik sebagai ketua ketua kami. Malah, kami dimaklumkan jawatankuasa baharu yang dilantik turut meme­gang jawatan di kawasan rukun tetangga (KRT) lain,” ujarnya.

Bagi Mohd. Khairul Adzmar Sabtu, 50, bantahan penduduk juga berasas kerana di kawasan perkampungan tradisional, ketua kampung bukan hanya memimpin tetapi sebagai tulang belakang kepada program adat perpatih di kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN